Buya HAMKA 
Keinginan menjadi seorang penulis membuak-membuak dalam
diri tanpa saya sedar bilakah ia bermula. Saya mula cenderung meminati novel
kerana satu peristiwa yang terjadi secara tidak sengaja. 
Jujurnya saya amat skeptik dan jelek kepada novel dan
pembaca novel pada awalnya.  Saya  pernah 
menulis  sebuah  artikel 
di  blog  mengenai 
perkara  tersebut. Saya menganggap membaca novel adalah ibarat menghisap
candu kerana mereka yang membaca novel seakan mengizin dan menginginkan suatu
harapan palsu dan harapan tersebut tiada dalam alam nyata. 
Namun segalanya berubah apabila saya balik bercuti ke
kampung pada suatu hari, saya terjumpa sebuah buku di dalam bilik saya yang
kini diguna oleh adik-adik saya.  Kaver  buku 
tersebut  begitu  klasik 
dan  unik  memagnetkan 
diri  saya  bagi mengambil dan membeleknya. 
Persepsi 
pertama  saya  adalah 
ia  sebuah  buku 
sejarah.  Ini  kerana 
gambar pada  kulit  buku 
tersebut  adalah  sebuah 
kapal  yang  separuh 
tenggelam  seperti Titanic. 
Pengarang  buku  tersebut sebagaimana  yang 
tertera  pada  kulitnya 
adalah Hamka. Tajuk novel tersebut pula Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck. 
Siapa yang tidak kenal Hamka, saya sebagai salah seorang
pengkagum baru Hamka  amat teruja
dengan  buku itu.  Namun 
rupanya saya  tidak  tahu satu hakikat mengenai  Buya  Hamka 
iaitu  beliau  juga 
adalah  seorang  sasterawan 
yang mempunyai jujutan karya berbentuk novel!  
Di bawah saya sertakan senarai panjang karya-karya beliau
berbentuk novel: 
1.  Si Sabariah
(1928)  
2.  Laila Majnun
(1932) Balai Pustaka.  
3.  Mati mengandung
malu (Salinan Al-Manfaluthi), 1934.  
4.  Di Bawah Lindungan
Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka. 
5. 
Tenggelamnya  Kapal  Van 
Der  Wijck  (1937), 
Pedoman  Masyarakat,  Balai Pustaka.  
6.  Di Dalam Lembah
Kehidupan, 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.  
7.  Merantau ke
Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.  
8.  Margaretta
Gauthier (terjemahan), 1940.  
9.  Tuan Direktur,
1939.  
10. Dijemput mamaknya, 1939.  
11. Di dalam Lembah cita-cita, 1946.  
12. Sesudah naskah Renville, 1947.  
13. Menunggu  Beduk  berbunyi, 
1949  di  Bukit 
Tinggi,  Sedang  Konperansi 
Meja Bundar.  
14. Ayahku, 1950 di Jakarta.  
15. Mandi Cahaya di Tanah Suci, 1950.  
16. Mengembara Di Lembah Nil, 1950.  
17. Di tepi Sungai Dajlah, 1950.  
Sangka  saya,  “Ah, 
Buya  Hamka  menulis 
mengenai  sejarah  penentangan 
rakyat Indonesia 
terhadap  penjajah  mereka 
yakni  Belanda,  pasti 
menarik!”  Kebetulan bacaan yang menjadi kesukaan  saya 
saat  itu  adalah bacaan 
yang  bersifat  sejarah dan peristiwa serta riwayat tokoh-tokoh. 
Buku tersebut saya ambil dan baca, sekalipun rasa pelik
dengan susunan dan laras  bahasa  yang 
digunakan  saya  teruskan 
jua  membacanya  sehinggalah 
pada suatu masa di tengah pembacaan barulah saya sedar bahawa
buku tersebut adalah sebuah novel.  
Barulah saya sedar bahawa novel dan sastera juga adalah
salah satu wasilah dan  wadah  kepada 
para  ulama  dalam 
menyampaikan  dakwah  dan 
mesej-mesej Islam selain daripada berceramah dan menulis bahan-bahan
ilmiah. 
Saya semakin 
teruja selepas mengetahui hakikat itu dan mula  mengkaji 
dan membaca mengenai para ulama yang juga dalam masa yang
sama adalah seorang sasterawan. Satu demi satu saya jumpa selepas mencari
dalam internet dan buku-buku.  Saya  kemudian 
jatuh  cinta  yang 
teramat  sangat  kepada 
sastera,  dakwah, novel sekaligus dunia penulisan umumnya. 
*Ini adalah perkongsian ilmu daripada isi e-buku yang dikarang oleh saudara ZAHIRUDDIN ZABIDI yang telah banyak menulis buku dan tulisannya juga banyak disiarkan di dada-dada akhbar utama dan majalah-majalah semasa. Semoga sedikit cetusan tinta pengalaman ini memberikan impak optimum kepada pembaca dan juga diri penulis. Terima kasih kepada beliau atas perkongsian ini.
Nukilan saudara Zahiruddin Zabidi boleh diikuti di alamat sesawang www.kalamkhalifah.com dan di www.bicaracintarindu.blogspot.com.
Selamat membaca.
Azhan Rashid
Amman, Jordan   
 
La..ingatkan kenapa 'Azhan Rashid' menulis..Boleh buat satu post lain tuh..saya tunggu..
ReplyDelete