Tuesday, October 30, 2012

Dakwah Dengan Photoshop



Tidak ada kata nafi dalam berdakwah. Selagi hayat dikandung badan, tuntutan untuk memberi pesan atas iman tetap dipikul oleh setiap insan.

Dakwah itu seni.

Ia ibarat bisnes, jual sahaja insyaallah ada pembelinya.

Dakwah juga begitu, berilah ingatan dengan cara apa sekalipun insyaallah ada yang mendengarnya.

Dakwah Dengan Photoshop

Salah satu cara untuk berdakwah adalah dengan kreativiti dalam seni photoshop.

Ramai yang boleh menggunakan photoshop, tetapi masih kurang yang boleh memanfaatkannya untuk  berdakwah...sampaikan kata-kata iman.

 Walau hanya dengan teknik copy dan paste, dalam beberapa minit sahaja sudah siap untuk disebarkan ke media-media sosial terutama Facebook.

Di atas adalah salah satu contoh yang boleh digunapakai untuk diladeni kata-katanya. Itu juga dakwah.

Bagaimana? Mudah bukan.

Jom! Sama-sama kita meriahkan lagi dunia dakwah dengan kreativiti masing-masing.



Azhan Rashid
Amman, Jordan






  





Sunday, October 21, 2012

Perjuangan Itu Pengorbanan

Berita seorang aktivis muda Pakistan menjadi hebahan hangat di kaca TV saluran CNN. Apa yang lebih menarik lagi ialah aktivis itu adalah seorang remaja perempuan yang hanya berumur 14 tahun.

Che Read kelihatan sugul, berkerut keningnya tanda gusar dan lelah mendengar kejadian-kejadian yang melibatkan nyawa manusia bagai nyawa tiada lagi nilainya di mata manusia.

Begitu mudah menembak atau mencederakan mana-mana nyawa sebagai tanda protes.


Sunday, October 14, 2012

Ada Lara Dihatiku...

"Apa?...Kau jangan cari pasal Ridhwan...kau jangan sesekali cari pasal...jangan..." Ibu menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah Che Read tanda protes atas hajat anak tunggalnya itu.

"Macam tak ada orang lain..." dengus ibunya lagi.

"Tapi bu, Rid rasa dialah orang yang paling layak jadi teman hidup Rid."

"Amboi! Meremang bulu roma ibu dengar kau cakap macam tu...hih."

"Kau dah termakan pentolnya Pak Lutfi la tu...ibu dah kata kau jangan dekat sangat dengan Pak Lutfi tu, inilah padahnya..."

"Perempuan kat tempat kerja kau sikit punya banyak,cucu dia juga yang kau terhegeh-hegeh."

"Ramai lagi perempuan yang cantik, kenapa dia yang kau berkenan...ibu tidak ada halangan malah ibu akan batalkan semua appointment ibu untuk merisik dan meminang...tapi dengan cucunya Pak Lutfi, tidak sekali-kali Ridhwan."


Saturday, October 6, 2012

Bajet Candu?

Foyer Fakulti Ekonomi UM di bawah bangunan bulat
"Man, jom tukar handphone 3G baru...dapat rebat RM200 wa cakap luu?' 

Nu'man berpaling ke arah datangnya suara.

Suara yang lazim didengari.

Faisal, rakan sekuliah menyapanya di sore Jumaat yang redup bagai menanti tiba hujan.

Kawasan foyer Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya sudah lengang. Tiada lagi kelibat manusia yang berpusu-pusu ke dewan kuliah mahupun ke pejabat pentadbiran fakulti.

Kalau ada pun, hanya pelajar sarjana yang waktu kelasnya bermula jam lima petang hingga ke sembilan malam.

Hari ini, Nu'man tiada kelas.

"Pai! Aku ingat siapa tadi...eh! lepak dulu kat sini." Nu'man suka menghabiskan masa petangnya di meja foyer fakulti menghadap ke bangunan kuliah baru, bangunan pelajar pasca-siswazah.

Pemandangan redup dari arah foyer fakulti yang berada di atas bukit sungguh menenangkan sambil disisipi udara lembut angin petang yang mendung.

"Kau sorang je ke." tanya Faisal, memegang bahu Nu'man dari belakang sambil mengintai buku yang dibaca Nu'man di meja foyer.

"Study tu, gila maut kau." gurau Faisal.


"Minggu depankan exam...Advanced Macro, lagipun sambil aku tunggu Adam ni, baca-bacalah sikit" jawab Nu'man tersenyum.

"Oo...aku malam ni baru nak tengok-tengok." selamba si Faisal.

"Eh! amacam bajet tadi...kau dengar tak?" soal Faisal seakan menerima berita gembira.