Thursday, June 21, 2012

Dakwah...Satu Tugasan Bukan Jawatan

Tangga masjid tua Kampung Tengah sedang disapu bersih.

Sosok tua yang masih cergas memegang penyapu lidi kelapa yang masih kehijauan, tenang menari-narikannya di setiap petak anak tangga masjid.

Bersih dan kemas.

Belum masuk waktu asar. Bahkan  masih berbaki 45 minit awal untuk berjemaah.

Namun sudah rutin Mbah yang suka menghabiskan sisa masanya untuk lebih awal ke masjid.

Dia bukan siak masjid, imam masjid pun bukan. Dia...hanya makmum yang setia berjemaah. Hanya mungkin faktor kesihatan barangkali boleh menggugat kelibatnya tidak kelihatan.


Saturday, June 9, 2012

Tips Membina 'Pages' @ 'Button Link'

 Hendak menjadikan laman blog seakan-akan website?

Salah satu daripadanya ialah dengan menampilkan pages atau nama lainnya button link.

Ada beberapa rujukan laman yang sangat membantu saya, daripada yang senang kepada yang susah, baik yang berbahasa Inggeris mahupun Melayu. Akhirnya, saya ketemui hanya dalam 'blogger help' sahaja.

Sekadar perkongsian daripada pengalaman ilmu.


Thursday, June 7, 2012

Latihan Bulan Rajab


 "Tahun ni raya bulan berapa ek?" tanya Man.

Datang pelayan restoran bertanyakan order.

"Teh Tarik kurang manis satu." pesan Che Read.

"Saya kopi panas satu." sambung Man.

"Makan?" soal si pelayan restoran.

"Takpe, nanti." jawab Che Read, Man sekadar mengangguk.

Sudah rutin Che Read dan teman-temannya berkumpul untuk mengeteh sebelum masuk pejabat.

Hari ini hanya Che Read dan temannya, Man sahaja yang kelihatan di Restoran Pantai Timur yang terletak di hujung bangunan niaga berdepan dengan pintu belakang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

"Dalam hujung bulan lapan rasanya...Eh! Cepat betul kau ni, puasa pun belum lagi." seloroh Che Read