Monday, December 10, 2012

Ada Lara Dihatiku 2

Ku Pohon Restu


"Abang Read?" Anas bertanya sesudah lewat membersihkan sapra pengalas hidangan usrah. Empat lagi rakan usrahnya sudah meminta diri untuk pulang.

"Ya, kenapa." Che Read masih sibuk mengelap lantai jubin ruang tamu rumahnya.

"Bila abang hendak kahwin?"

Che Read sedikit tersentak mendengarkan soalan cepu emas yang ulung-ulung kali disoal oleh Anas semenjak perkenalan mereka.


"Kenapa soalan itu pula yang ditanya."

Sambil tersengih Anas berkata, "Tak adalah, saya tengok Kak Farah tu macam tengah menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba."

"Wah! Hebat ayat kamu ya, ambil Sasterakah?" Che Read yang kemerah-merahan mukanya cuba bertenang. Baginya soalan itu agak sensitif, bukan kerana tidak boleh berbincang tetapi cuba mengelak dari lukanya berdarah kembali.

"Sastera tak lah, Komsas adalah." Anas melawak.

Che Read membisu seribu bahasa. Anas nampak perubahan yang mendadak berlaku.

"Abang Read tersinggung ke?" Anas bermonolog di dalam hati  Terasa bersalah. Dia bermimik muka kepada Danial, tanda tanya.

Danial sekadar mengangkat bahu.

Che Read berlalu ke dapur, mengangkat sisa-sisa makanan untuk dibuang. Dia terus menyepi tidak berkata. Ada riak-riak tidak gembira dengan persoalan Anas tadi. Danial dan Anas serba tidak menentu.

Meraka saling berpandangan.

"Abang Read, maaflah kalau soalan saya menyinggung perasaan abang." Anas cuba meredakan Che Read sambil membantunya membilas pinggan-pinggan hidangan usrah tadi.

Che Read tersenyum tawar. "Bukan salah kamu Anas, abang cuma mengelak daripada melayan amarah yang ada, sebab itu abang membatu sekejap...maaf ya."

Anas mengangguk faham.

***

" Sebenarnya abang dengan Farah tu, kalau boleh tidak mahu ada apa-apa ikatan, tetapi kawan-kawan pejabat asyik provoke kami...ya lah, sama-sama bujang bukan, so nak tak nak mungkin terfikir juga, betul tak?"

Anas dan Danial asyik mendengar penjelasan Che Read.

"Tapi bang, apa salahnya abang kalau abang dengan kak Farah, ok apa." Danial mula nakal.

"Danial, perkara rumahtangga ini perkara serius...abang akui Farah orang yang baik dan tidak salah kalau abang kata dia cantik..."

Sambil menghirup kopi panas bagi menenangkan rasa, Che Read menyambung, " Abang pun perasan dia seperti menunggu respon daripada abang, tapi bila tiba masalah hati...ia jadi agak complicated."

"Maksudnya abang sudah ada idaman hatilah ni." Danial membuat sangkaan nakal. Anas mendiam, ditakuti akan menyinggung lagi perasaan Che Read.

"Wallahua'lam, Allah sahaja yang lebih tahu."

" Abang ada masalah dengan keluargakah?" Anas meneka.

" Mungkin ada, tapi abang tidak tahu hujung pangkalnya lagi, setakat ini abang sangat-sangat mendoakan agar ibu abang berlembut hati..." Che Read tidak menlengkapkan lafaznya yang terakhir, namun difahami oleh Anas dan Danial."

"Susah juga ya bang nak berkahwin ni."

"Rezeki masing-masing Anas." Che Read ringkas.

"Kalau saya bang, kak Farah tu saya tarbiyyah." Danial cuba menghangatkan suasana yang agak suram.

"Ish! Kau ni, kau bukan Abang Read...kau tu Danial, baru saja ikut usrah, tak layak lagi nak tarbiyyah orang." Anas menolak bahu Danial yang agak lepas cakapnya.

"Oh, yakah, aku main-main saja." Sambil tersengih Danial membalas.

"Memilih pasangan ni ada kriteria yang menjadi asas pilihan...harta, pangkat, kecantikan dan agama...setakat ini abang memilih agama kerana abang rasa abang tidak cukup ilmu didada."

"Ish! Abang merendah diri sangat ni, kalau tak cukup ilmu kenapa kita orang boleh jadi anak usrah abang...salah tu bang." Ujar Danial lagi.

"Tak apalah, kita bincang topik ni dengan ustaz yang lebih hebat daripada abang dan berpengalaman, dua minggu lagi insyaAllah, boleh?"

"Oh, yakah...bisa diatur bang." Danial ceria dengan lahjah keindonesiaannya.




Azhan Rashid
Amman, Jordan










"Apa yang

 


No comments:

Post a Comment