Saturday, June 9, 2012

Tips Membina 'Pages' @ 'Button Link'

 Hendak menjadikan laman blog seakan-akan website?

Salah satu daripadanya ialah dengan menampilkan pages atau nama lainnya button link.

Ada beberapa rujukan laman yang sangat membantu saya, daripada yang senang kepada yang susah, baik yang berbahasa Inggeris mahupun Melayu. Akhirnya, saya ketemui hanya dalam 'blogger help' sahaja.

Sekadar perkongsian daripada pengalaman ilmu.


Tips

Pages atau button link yang saya maksudkan ialah seperti contoh di bawah.
 




Langkah-langkahnya sperti berikut :

1. Sign in blog seperti biasa.
2. Klik ke butang drop-down menu bersebelahan post list icon dan klik pages.Kita boleh buat button link sehingga kepada 20 button maksimum.
 


3. Klik ke butang drop-down New page dan klik blank page.





4. Di sini akan keluar paparan seperti hendak membuat posting baru.

5. Letakkan nama page (inilah nama button link) yang dikehendaki seperti biodata, profile dan lain-lain.
6. Taiplah apa-apa yang kita kehendaki pada button link berkenaan.
7. Setelah selesai, klik ke butang option. Pada ikon readers comment, klik butang don't allow, jika tidak menekan butang ini, pembaca boleh memberi komen di pages ini dan kemudian klik done.

8. Akhir sekali, setelah berpuas hati dengan pages ini, tekan buang publish. (tidak perlu risau jika tersalah dan sebagainya, ia boleh diedit kembali)

9. Inilah contoh botton link atau pages yang anda lakukan tadi.

 




Setakat ini dahulu perkongsian ilmu, selamat mencuba.

Di bawah adalah video berkenaan membina pages ataupun button link. Sangat bermanfaat.




 Azhan Rashid
Amman, Jordan


No comments:

Post a Comment