Thursday, June 7, 2012

Latihan Bulan Rajab


 "Tahun ni raya bulan berapa ek?" tanya Man.

Datang pelayan restoran bertanyakan order.

"Teh Tarik kurang manis satu." pesan Che Read.

"Saya kopi panas satu." sambung Man.

"Makan?" soal si pelayan restoran.

"Takpe, nanti." jawab Che Read, Man sekadar mengangguk.

Sudah rutin Che Read dan teman-temannya berkumpul untuk mengeteh sebelum masuk pejabat.

Hari ini hanya Che Read dan temannya, Man sahaja yang kelihatan di Restoran Pantai Timur yang terletak di hujung bangunan niaga berdepan dengan pintu belakang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

"Dalam hujung bulan lapan rasanya...Eh! Cepat betul kau ni, puasa pun belum lagi." seloroh Che Read


"Yelah, nak plan bajet dengan cuti aku." ringkas Man.

"Eh! cakap pasal puasa ni, yalah! kau tahulah kan, kita ni kerja office hour, nak sangat aku khatam al Quran tiap kali bulan Ramadhan, tapi selalu fail la." tambahnya.

"Nak tunggu terawih, imam sini mana ada baca satu juzuk satu malam...banyaknya surah lazim je." sambung Man.

"Ada...tapi kat masjid UIA la, itu pun sambung kat qiamullail." pantas Che Read.

"Huh! jauhnya, kalau cuti sebulan takpe la juga...balik dah tentu lambat tu, esok kerja pulak...huh! cabaran-cabaran." keluh Man.

Che Read membetulkan duduk kerusinya, mencari selesa.

Tersengeh Che Read mendengar keluhan Man, namun semangatnya harus dipuji.

Che Read bukan seorang ustaz, tetapi penampilannya begitu. Dia, seorang pegawai kanan di HEP (Hal Ehwal Pelajar)

Mudah untuk bertemu dengannya. Masuk waktu fardu, pasti masjid tempat dituju.

Method?

"Kebetulan bulan ni bulan Rajab, niat kau tu dah cukup bagus dah, tapi methodnya tak berapa tepat."

Gelas teh tarik diletakkan di atas meja mereka.

"Method? Huh!, kau ni ingat aku nak buat tesis ke."

"Haha (gelak), tak...cara kau tu kena adjust sikit."

"Adjust macam mana maksud kau."

"Begini, kalau kita nak main bola, kena warming up dulu baru boleh main, kalau salah stretching boleh cramp tengah padang...macam tu juga nak khatam al Quran bulan Ramadhan nanti."

Man tekun mendengar bait-bait ungkapan Che Read sambil menghirup kopi panas yang sudah menurun suhu darjahnya.

"Bulan Rajab ni lah warming upnya..."

"Macam mana tu, tak dapat tangkap lagi ni."

"Aku pun dulu macam tu juga, nak khatam, tak terkhatam-khatam, azam je lebih. Tapi, aku dapat tips khatam 30 hari atau mungkin sebelum 30 hari dah boleh khatam...simple and practical."

Man semakin menunjukkan minat. Berkerut dahinya...dalam tenungan matanya.

"Gini...kau cuba dalam lima waktu fardu, habiskan tiga hizib setiap satu waktu...dalam satu juz ada lebih kurang sebelas hizib atau kurang...kalau istiqamah, tak mustahil habis satu juz atau lebih satu hari...kadang-kadang waktu Asar dah boleh habis satu juz...Maghrib atau Isyak boleh masuk juz baru...aku guarantee boleh khatam lebih awal...syaratnya istiqamah."

"Eh! Hizib tu apa?"

"Kalau kau perasan, tepi ayat-ayat al Quran tertentu ada tanda macam bunga, berkerawang...itulah hizib."

"Oo! Itu hizib...ok, nanti aku try dulu bulan ni...tengok macam mana."

Ternyata Man selalu membaca al Quran, cuma mungkin rangkapnya agak sedikit, sebab itu agaknya dia selalu terlepas target.

"Apa-apa pun, kau kena buat bulan ni jugak teknik tu...jadikan dia rutin, nanti tak kekok bila masuk bulan puasa nanti."

"Betul  la...insyaAllah  aku cuba nanti...warming up dulu...haha."

"InsyaAllah, boleh."


Uslub dakwah yang mudah.

Bagaimana dengan kelancaran dan tutur lafaz sebutan?

Untuk first time...skipkan.

Doakan Man tidak mudah give up dengan cabaran-cabaran yang bakal berada di hadapan.

Timba pengalaman dari kepayahan. Pasti berkesan.

7.50 pagi

"Jom! masuk...dah dekat pukul lapan dah ni." seru Che Read.

"Jom-jom...ni hirupan terakhir ni." balas Man tersenyum sambil mengangkat gelas kopinya.

Sambil bersalaman menandakan perpisahan.

"Jangan lupa buat." ingat Che Read kepada Man.

"InsyaAllah." Ringkas Man.

"Terbaik." tiru Che Read...tagline Boboi Boy.

"Boboi..Boy." Man pantas membalas dengan nyanyian.

Bersurai dengan ceria.

Tips Rajab

Di hanphone Lumix Che Read, di ikon note...ada cacatan peringatan.

Banyakkan doa ini Che Read...
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

"Ya Allah, Berkatilah kami dalam bulan Rajab dan bulan Sya'ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

Dan...jangan lupa.

Istiqamahkan :

1.Puasa Isnin dan Khamis
2. Solat malam (Qiammullail)
3. Satu hari satu juz al Quran

"...katakanlah Aku beriman kepada Allah dan istiqamahlah."

Kamu pasti berjaya Che Read...امين

Terbaik.

Azhan Rashid
Amman, Jordan
















No comments:

Post a Comment