Saturday, October 6, 2012

Bajet Candu?

Foyer Fakulti Ekonomi UM di bawah bangunan bulat
"Man, jom tukar handphone 3G baru...dapat rebat RM200 wa cakap luu?' 

Nu'man berpaling ke arah datangnya suara.

Suara yang lazim didengari.

Faisal, rakan sekuliah menyapanya di sore Jumaat yang redup bagai menanti tiba hujan.

Kawasan foyer Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya sudah lengang. Tiada lagi kelibat manusia yang berpusu-pusu ke dewan kuliah mahupun ke pejabat pentadbiran fakulti.

Kalau ada pun, hanya pelajar sarjana yang waktu kelasnya bermula jam lima petang hingga ke sembilan malam.

Hari ini, Nu'man tiada kelas.

"Pai! Aku ingat siapa tadi...eh! lepak dulu kat sini." Nu'man suka menghabiskan masa petangnya di meja foyer fakulti menghadap ke bangunan kuliah baru, bangunan pelajar pasca-siswazah.

Pemandangan redup dari arah foyer fakulti yang berada di atas bukit sungguh menenangkan sambil disisipi udara lembut angin petang yang mendung.

"Kau sorang je ke." tanya Faisal, memegang bahu Nu'man dari belakang sambil mengintai buku yang dibaca Nu'man di meja foyer.

"Study tu, gila maut kau." gurau Faisal.


"Minggu depankan exam...Advanced Macro, lagipun sambil aku tunggu Adam ni, baca-bacalah sikit" jawab Nu'man tersenyum.

"Oo...aku malam ni baru nak tengok-tengok." selamba si Faisal.

"Eh! amacam bajet tadi...kau dengar tak?" soal Faisal seakan menerima berita gembira.

Sekitar Bajet 2013

Bangunan Pasca Siswazah, Fakulti Ekonomi Uni.Malaya


"Pada aku, bajet kali sepatutnya bajet yang lebih canggih sebab pembangkang sudah banyak suarakan perkara-perkara yang mereka nak buat jika Putrajaya ditawan." kritik Faisal.

"Apa maksud kau, canggih? Nu'man bertanya.

"Ya lah, kalau pembangkang kata nak hapuskan PTPTN, turunkan cukai import kereta, gaji minimum pekerja...kerajaan kena bagi alternatifnya...contohnya PTPTN akan jadi pinjaman boleh ubah...harga kereta tempatan dikurangkan, tak payah turunkan cukai import kereta...gaji minimum sekian banyak..." jelas Faisal.

Nu'man mengangguk-angguk tanda faham.

"السلام عليكم " kedengaran suara nun dari arah sisi kanan parkir motor fakulti.

Muncul Adam berjaket kulit hitam dengan menyandang beg kuliahnya menuju ke arah meja Faisal dan Nu'man.

Adam bersalaman sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan Nu'man.

"How's our budget? Adam menyoal.

"Ni yang kita tengah bualkan ni." balas Faisal.

"Kau kan PTD, MoF lagi...ceciter sikit." seloroh Faisal lagi.

"Your's Nu'man? tanya Adam, mengalih kepada Nu'man.

"Aku bimbang pasal taraf hidup yang semakin meningkat dan tak nampak pula plan untuk penambahbaikan, ya lah at least rakyat tidak terbeban...kadang-kadang aku rasa think tank yang buat bajet ni tengah kecanduan, sebab itu banyak benda yang dibentangkan itu semata-mata untuk meni rakyat...sorry to this statement Adam." Nu'man spontan.

"Eh! best la term kau...kecanduan." Faisal suka,tergelak sinis.

"It's ok... first of all,aku kan cuti belajar, so I am not in this budget discussion." jawab Adam.

Adam cuba menyelamatkan diri daripada terus ditanya.

Dia antara salah seorang Pegawai Tadbir Diplomat yang bersama-sama dengan Nu'man berjuang mencapai matlamat utnuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana Ekonomi.

Adam, dari sosok tubuh dan tutur katanya, bukanlah orang yang sangat gemar mengkritik, dia lebih suka menerima dan hadam.

"Sebab itulah dia sesuai dengan PTD." pernah suatu hari rakannya memperli Adam.

***
Faisal yang berjiwa sosialis cuba mencucuk Adam lagi.

"Sedap la kau, sebulan setengah bonus...masuk poket, rilek je..."seakan-akan memperli.

"Tapi Pai, the steps taken to expand the fiscal policy is correct...how do we expect to continue our growth without fiscal expansion...maybe the only that we have to worry is our debt." hujah Adam, yang memang gemar berbahasa Inggeris.

"Itu la pasal...itu juga yang aku cadang tadi kat Man, patutnya government kena tackle isu pembangkang melalui bajet ini, tapi aku tak nampak...yang lagi best tau apa, kalau kau orang tengok intipati bajet 2013, yang disebut akan mendapat bantuan hanya kat Sarawak je, Sabah tak pulak dimention...pelik aku rasa." Faisal menambah parah rasa hati Adam, pegawai kerajaan.

"Mungkin tertinggal kot...sebab intipati je tu kan.." Nu'man menyambut.

Adam hanya mendengar.

Suasana redup petang bertambah gelap, dan kedengaran guruh berdentum di langit.

Nu'man bangun dari duduknya mencari suis lampu foyer, mencerahkan suasana.

Teori Keynesian

"Aku rasa kita jangan bincang bajet ni berdasarkan persepsi semata-mata, cuba kita tengok Keynesian punya konsep pasal bajet ni..." Nu'man cuba bersederhana.

"Ok, good...I agree." Adam menyambut.

"Engkau rasa dia orang ni pakai teori yang kita belajar ni ke, macam tak pakai je. Lagipun teori ekonomi ni kan banyak." Faisal  mencelah.

"Takpe lah, kurang-kurangnya boleh gak kita kritik dengan ilmu, bukan berpersepsi je...ok tak." terang Nu'man.

"Ok lah.." Faisal mengalah.

"Kita tengok kat teori IS-LM, sekarang yang kita nampak kerajaan guna fiscal expansion untuk tackle growth, it will shift IS curve to the right, then it should give a good expansion to our Y (income/GDP), but by only using IS alone, it will increase the interest rate...right?" Nu'man menerangkan sambil meconteng-conteng di atas kertas kosong.

"Yes, correct, by assuming that the LM and  IS curves are responding well to i and Y...so to get the lower interest as previous, the LM curve should shift to the right as well, then we will see the interest rate will lower down and the growth at this point." Adam menunjukkan jari telunjuknya ke arah gambarajah yang dilukis oleh Nu'man sebentar tadi.

"Ok, so kat sini bajet yang dibuat ni kena ada guna monetary policy la kan, sebab...interest akan naik, then orang pula secara relatifnya tak nak berbelanja, so ekonomi pun tak boleh growth la kan?" tokok Faisal.

"Correct Pai, on paper will be like that." Adam setuju.

"Tapi sekarang Dam, kita boleh tengok keluk ni, tapi kita kena tengok juga the reality of the budget itself la kan, tengok apa yang dibentang...politically, kerajaan tak well responds suara hati rakyat..." tambah Faisal lagi.

Faisal memang berminat dengan political economics, dia sensitif dan gemar membangkitkan isu-isu sosial.

"Adam, kau tengok pada bonus, satu setengah bulan dibagi kepada kakitangan kerajaan, tapi yang lawaknya bonus sebelum ni dah termasuk dalam bonus yang dibentang baru ni, bajet untuk 2013 tapi bonus 2012 dah termasuk dah, kelakar betul la..." Faisal tergelak besar hingga menampakkan anak tekaknya.

"Aku setuju dengan Man tadi, bajet ni bajet orang yang kecanduan, dek dah lama khayal dengan candu, lepas tu cuba pula mencandu-candukan rakyat, konon-konon rakyat boleh terpikat dengan bonus yang diberikan." Faisal sinis untuk ke sekian kali.

Ketawa lagi.

Nu'man terhibur melihat gelagat rakannya. Faisal. 

"Tapi Pai, macam yang Adam cakap tadi, aku terfikir juga, kalau-kalau Putrajaya dipegang pembangkang, dengan PTPTN dihapuskan, gaji minimum lagi, harga minyak turun, kereta murah...mana nak ditokok hutang yang kerajaan sedia ada, lebih kurang 500 billion tau...macamana?" Nu'man cuba neutral.

Adam sekadar mendengar.

Berfikir.

"Aku senang je, kalau teuk sangat, kita guna kuasa undi lagi lah...mana yang baik kita naikkan, mana yang buruk kita jatuhkan...betul tak" Faisal rasional.

"Sekarang ni, kita nak bina budaya tukar bila pemimpin bermasalah...sebab itu aku suka sistem dua parti...itu yang kita kurang...fair to all parties."  hujah Faisal lagi.

Diam tak diam jam menunjukkan tujuh, tiga minit.

"الله اكبر...الله اكبر."

"Eh! Azan lah, kita maghrib dulu lah, lepas ni kita sambung." Nu'man mencadang.

Adam dan Faisal bersetuju.

Mereka meninggalkan meja perbincangan tadi dan naik ke tingkat atas bangunan untuk solat maghrib
berjemaah.



Azhan Rashid
Amman, Jordan


*i = interest rate
 y = income
 MoF = Ministry of Finance



  


  


 





 






No comments:

Post a Comment