Monday, September 17, 2012

Catatan Bawah Sedar

Sedang Che Read membelek-belek buku yang hendak dibaca sebagai kudapan lena tidur malam, dia terselak halaman buku yang ditandai dengan sehelai kertas.

Novel yang menjadi pencetus rasa suka untuk membaca.

Novel pencetus minat untuk merekacipta.

Novel yang mencetus gerak rasa menilai hati budi manusia.

Novel yang digenggaman tangannya bertajuk "Guruku, Ibuku Jua", hasil karya Khairuddin Ayip.

Dek kerana hasil tulisan buku itu, Che Read berusaha mengarang sesuatu yang menyentuh emosinya.


Catatan Bawah Sedar

Che Read membelek kembali hasil coretannya:

Duhai Hati
Kenapa engkau resah
Resahmu buat aku gundah
Resahmu buat aku nestapa
Resahmu buat aku tidak terarah

Duhai Hati
Kenapa engkau bersedih
Sedihmu buat aku pedih
Sedihmu buat air mataku terus meleleh

Wahai Fikir
Carilah ubat untuk si Hati
Hentikanlah sedihnya
Pulihkanlah merananya

Wahai Fikir 
Carikanlah penawar buat si Hati
Penawar yang bisa merawat diri
Dari terus berjiwa mati

Fikirkanlah wahai si Fikir
Demi untuk si Hati
Usah biarkan ia mati...

Rid
Nov 1987

Catatan ini dicoret di ketika usianya awal belasan tahun, mungkin terkesan dengan novel yang dibacanya.

Dihatinya tercetus hiba bila mengenangkan coretan itu.

Coretan hasil lamunan hatinya yang terbawa-bawa dengan watak seorang anak yang kehilangan ibu sehingga bertemu seorang guru yang langsung menjadi ibu.

Ibu yang sekian lama dinanti.

Guru yang amat disayangi, kini bergelar ibu kepadanya dan isteri kepada bapanya.

Guruku, Ibuku Jua.

Che Read menutup lampu kamar tidurnya.

 بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati.


Azhan Rashid
Amman, Jordan













No comments:

Post a Comment