Tuesday, July 10, 2012

Demi Masa...

Perpustakaan Universiti Malaya
"Questionaire daripada responder dah dikumpulkan."

"Hanya perlu dianalisis, kemudian uji dalam SPSS...Insyaallah lepas maghrib ni aku siapkan." getus hati Lubna.

"Alamak, malam ni ada meeting pula." monolognya lagi.

Jam dinding perpustakaan menunjukkan pukul 12.00 tengahari.

Lubna bingkas bangun daripada kerusi.

Cukup dua jam dihabiskan untuk meneliti questionaire yang boleh dianalisis.

Setelah bertungkus lumus selama hampir sebulan untuk menyiapkan research tahun akhirnya di Jabatan al Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, akhirnya kini dia di final stage penganalisaan data.

Menuju ke arah pintu keluar utama Perpustakaan Universiti Malaya, perpustakaan universiti tertua di Malaysia.

Kad matrik diswipe.

Tiada bunyi penggera. Tiada barang larangan. Melangkahkan kaki keluar.


Helmet Hilang

Bergerak menuju parkir motor.

Motor EX5 Class 110cc berwarna hijau dituju.

Seraya tiba ke parkir motor. "Eh! mana pula helmet aku ni...tinggal tali je...sah kena sapu...Allahuakbar" rintih hati Lubna.

Helmet yang biasa disangkutkan di celah seat motor sudah hilang.

Istighfar.

Pantas mendail nombor handphone rakannya.


" Assalamualaikum...Lin! awak kat mana sekarang ni...Oh! kat DTC (Dewan Tunku Cancelor)...gini, saya nak minta tolong sikit la...boleh tak carikan helmet lebih untuk saya...helmet saya hilang la...entah! keluar-keluar library je, tengok helmet dah hilang...boleh ya...ok! saya tunggu kat parkir motor library."

Nafas ditarik dalam-dalam...lega. Alhamdulillah.

Situasi yang jarang berlaku di kampus.


Lubna edha dan akan membuat aduan di Pejabat Pengawa Keselamatan.

Sela beberapa minit kemudian.

Bunyi nada mesej handphone. 


Lubna mencari tempat berteduh dari panas matahari.

" Ha! di situ redup.."menuju ke arah pokok besar berdekatan parkir kereta.


Mesej dibuka.


Meeting MT  ASTAR 
Tarikh : Malam ini yer, jgn luper
Masa : 8 malam
Tempat : Bilik Meeting ASTAR


Datang jangan tak datang...;)


Presiden Kolej



"Buat lawak lah dia ni." geli hati Lubna.

Tersenyum sendiri...mesej dibiarkan tidak berbalas.

Bagi Lubna itu sebagai peringatan yang sudah dijadualkan.

Tetapi Lubna dapat rasakan ada sesuatu yang dipendamkan di lubuk hati presiden kolejnya.

Guraunya memberi gambaran tertentu.

Buat-buat tidak mengerti.

"Aku kena key-in data malam ni juga...tapi malam ni ada meeting pula...tak apa, aku minta izin keluar awal kalau lewat." bisik hati Lubna.

Sambil menunggu Lin, rakannya...fikirannya melayang kepada peristiwa di asrama siswi satu ketika dahulu.

Dulu, pernah Lubna menerima sepucuk surat di pigeon hole asrama.

Surat pra perkenalan yang ala-ala cinta dituju kepada Ms. Lubna tidak bernama...tidak dapat dikesan pengirimnya.

Seperti biasa...strategi melindungi identiti...sekadar mengakhiri sebagai secret admire.

Diberitahu kepada Mbah.


"Bukankah Mbah punya cucu yang cantik...tidak hairan perkara ini berlaku...jangan biar ia membarah jiwa...ingat empat perkara Rasulullah sebut...agama pasti pilihan yang tidak menyesat." jawab Mbah.

Terus Lubna meramas keras surat itu dan mentongsampahkannya.

Tiba-tiba bahu Lubna ditepuk.

"Hei!, mengelamun ya...lama ke tunggu...sorrylah, dapat helmet buruk ni je... yang lain semua tak available." Lin menyergah.


Tersentak dengan sergahan Lin, teman rapatnya.


"Alhamdulillah, tak apa...untuk sementara saja...asal Pak Guard tak tahan sudah." ceria Lubna

Meeting MT Kolej

Satu nota untuk pengerusi daripada Lubna sebelum mesyuarat bermula.

Assalamualaikum wbt

Saya minta izin keluar awal jika mesyuarat berlanjutan hingga ke jam 10.00 malam.

Ada tugasan yang perlu dilakukan. Maaf urgent.

Lubna.

Pada kertas yang sama, Farhan Presiden Kolej, Astar membalas.

Saya akan pastikan mesyuarat habis sebelum pukul 10.00 malam.

Farhan

Nada tegas.


Farhan,  juga pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang...khidmat terakhirnya selaku warga  ASTAR (Asrama Tunku Abdul Rahman).

Dipilih atas sokongan majoriti.

Dipilih atas kepetahannya tetapi banyak yang mempertikai pengurusannya.

Lubna dipilih atas kapasiti JKKP KADET (Jawatankuasa Keselamatan  Dan Kepimpinan Pelajar Kelab Kerohanian Dan Etika).

Selaku Setiausaha.

Suara Islam atau suara orang surau dalam MT (Majlis Tertinggi) kolej.

Perwakilan yang membawa mesej-mesej dan kefahaman Islam dalam komuniti yang pelbagai bangsa.

Cina, India, Dayak, Kadazan,Iban dan lain-lain.

Gerangan siswa tidak dapat ditampilkan akibat komitmen dengan Persatuan Mahasiswa Kampus.

Jam menunjukkan 9.50 malam, ada tiga agenda yang belum selesai.

Lubna memberikan kertas salinan minitnya kepada rakan sebelah,Farah...penolong setiausaha merangkap Exco Dewan Makan.

Manakala ecebis kertas dihulurkan kepada pengerusi mesyuarat, Farhan.

Saya mohon keluar.

Lubna 

Farhan seakan menggeleng.

Lubna selamba.

Meminta laluan rakan sebelah untuk keluar.

Deras menuju ke tingkat atas asrama siswi.

"Lubna...Lubna...Lubna.." suara Farhan.

Seperti tidak mahu melayan tetapi cuba bertimbangrasa.

Sedikit rapat kepada Farhan.

"You nampak tak I geleng kepala tadi?"Farhan agak meninggi.

"Maaf pengerusi, saya sudah meminta kebenaran sebelum ini dan saya memang..memang..memang perlukan pertimbangan ini kerana saya perlu buat data analysis untuk research saya...esok saya kena tunjukkan kepada penyelia saya."

"You ingat you seorang yang ada kerja...orang lain?" masih berkeras.

Lubna sedikit terguris.

"Maaf pengerusi, saya rasa saya sudah masak dengan cara meeting handling pengerusi...saya selaku setiausaha sudah beberapa kali cuba memotong huraian yang terlalu berjela-jela...tetapi pengerusi seakan suka memanjangkannya." cuba mempertahan.

"Itu supaya ahli mesyuarat masak dengan perbincangan."

"Tidak pengerusi, isu yang disampaikan sudah dapat ditangkap...sepatutnya terus kepada tindakan...tetapi pengerusi cuba memanjangkan isu."

"I dah kata...itu untuk kita semua hadam dan masak dengan isu."

Lubna mengalah. Malas berbalah.

"Baik pengerusi,, saya kesuntukan masa, saya minta diri dulu."

"You ni arrogant...sellfish..." Farhan spontan.

Lubna berpaling pantas.

"Sorry..." agak marah. Nampak gaya-gaya marah dari raut wajah.

Farhan seakan terkedu.

"ar..ar..arro...gant."

"Who do think I am...I'm not that kind of person...sorry...for your information, I've  divided my time into three...firstly...time for me and my studies, secondly...me and Allah, thirdly...me and my jihad...it's all about time management...what are you?"

Lubna fasih.

Entah dari mana datangnya kekuatan.

Bertahan tanpa meninggikan suara...pertahankan adab.

"Ok...ok..ok..sorry ok...it's just a misunderstanding...ok...cool Lubna...cool."

Lubna berpaling daripada Farhan.

Pantas menuju anak tangga asrama.

Farhan agak kecewa dengan apa yang berlaku.

Farhan memandang kelibat Lubna sehingga hilang dari pendangan.

Gadis yang bertudung labuh...berjubah penuh...sentiasa menjaga tutur kata...kini memarahinya.

"Manis..." getar hati Farhan.

Memang dia ada menaruh hati kepada Lubna tetapi...biarlah takdir menentukan.

Farhan kembali ke bilik mesyuarat...kembali mengambil tempat pengerusi setelah melepaskannya kepada timbalannya.

Di Bilik Asrama

Pintu dibuka.


Room-matenya tiada.


Bergegas ke bilik air...cuba melupakan semua.


Pantas mengambil wuduk.


Berderu semula ke bilik.

Bertenang....menarik nafas dalam-dalam lalu solat taubat disusuli dengan witir.

Lubna tiada daya untuk meneruskan agendanya dan berdoa.

"Ya Allah..berilah tidurku lena walau sebentar cuma...beriku ruang untuk menyiapkan tugasanku sesudahku bertahajjud menyembahMu...permudahkanlah ya Allah."

Amin.

Di Keheningan Pagi

"Assalamualaikum warahmatullah...assalamualaikum warahmatullah."


Lubna menadah tangan.

"Allahumma....." panjang doanya.

Ingin melupakan apa yang berlaku malam tadi.

Duduk di atas meja study. Sehizib dibacanya al Quran di bawah cahaya lampu study.

Room-matenya tidak pulang ke bilik.

"Mungkin ada tugasan dengan rakan sefakulti." detik di hati. Acapkali berlaku begini.Maklumlah sama-sama berada di tahun akhir, pasti sibuk.

Sambil menunggu azan subuh berkumandang kira-kira satu jam setengah lagi, Lubna membuka laptopnya...menyambung agenda yang tergendala malam tadi...data analysis...SPSS.

Wifi available.

Mozilla firefox dibuka...sengaja...supaya senang hendak search apa-apa yang perlu.

Tiba-tiba massage Facebook berbunyi.

Memang FBnya selalu tidak dilog out.

Abang Nu'man...

Assalam..salam tahajjud...saja je msg ni...mbah krm salam, ridhuan pun krm salam...adik xyah balas msg ni...saja je sampaikn slm dari org yg disyg...abg ada keje nak dibuat ni....selamat;p

"Wa'alaikummussalam...Ridhuan?...siapa ya?" hati Lubna bertanya.

"Ridhuan tu termasuk yang disayang ke."berfikir sejenak.

"Ah! biarlah Lubna, teruskan kerja kau." suara hati Lubna membara mengejar deadline.

"Ya Allah, permudahkanlah..."


Azhan Rashid
Amman, Jordan.


.
































No comments:

Post a Comment