Wednesday, August 8, 2012

AmpunanMu Ku Pohon



salam
seperti yang abang cakap hari tu, isnin ni korang datang ya jumpa abang kat bitarasiswa, confirm kan? tolong respond kat abang selewat-lewatnya sebelum zohor ni, ok?

abg read

Satu pesanan ringkas masuk ke dalam inbox Danial.

"Abang Read...,baik aku forward kat Anas." bicara hati Danial.

Setelah peristiwa di Bazar Ramadan, Che Read telah mengambil inisiatif untuk mendekati mereka dengan harapan tiada ulang laku yang jijik semacam tempoh hari.

Che Read merancang mempertemukan mereka dengan Farah dan Mazlina, mangsa kerakusan mereka untuk menitip kemaafan.

Memang berat hati mereka menghulurkan maaf.
*****

 "Ala bang...tak payah minta maaf tak boleh ke." tanya Anas, si berambut perang.

"Aduh! tebal gila muka gua..."respon Danial, si beranting-anting sambil menggaru-garu kepalanya tanda berbelah bahagi.

"Hari tu kata dah insaf...la ni tak nak minta maaf pula...macamana ni." sengeh Che Read melihat keletah mereka.

"Dosa kita dengan orang, kena minta maaf dengan yang empunya badan sendiri..." tambah Che Read.

"Apa kata kita minta maaf kat hari raya nanti...kan raya dah nak dekat...amacam bang Read?" cadang  Danial.

"Kalau kejap lagi Allah ambil nyawa kita, amacam?...kalau mati syahid takpe, ni mati dalam dosa." Che Read cuba mematikan ketidakrelaan mereka.

Danial dan Anas bungkam.

"Abang bukan nak memalukan kau orang, bahkan memulihkan maruah kau orang." motivasi Che Read sambil menggosok-gosok belakang Anas.

Anas dan Danial agak mengendur.

Maaf Si Saka


Seperti yang telah dirancang.

Danial dan Anas menunggu di ruang parkir Bitarasiswa tepat pada masa dan tempat yang dijanjikan.

Rambut sudah digondol, anting-anting juga telah dibuang...tidak perlu ditonjol.

Che Read mengambil ruang waktu akhir pejabat untuk mempertemukan Farah dan Mazlina, mangsa si saka  dengan Danial dan Anas, si beregu saka.

Sejujurnya, Farah dan Mazlina juga keberatan untuk dipertemu, tetapi atas nasihat Che Read, mereka bersetuju.

Waktu-waktu petang begini, ruang parkir Bitarawiswa memang sunyi.

Che Read berjalan dari bangunan HEP ke Bitarasiswa manakala Farah dan Mazlina berkereta menuju ruang parkir kereta di hujung tepi Bitarasiswa berdekatan Pejabat Pengawal Keselamatan UPSI.

Che Read, Farah dan Mazlina serentak sampai di parkir Bitarasiswa. 

"Assalamualaikum" senyum Che Read sambil menghulurkan salam kepada Danial dan Anas.

"Lama tunggu?" soal Che Read.

"Wa'alaikummussalam...eh! tak...baru je, tak lama." respon Anas agak malu-malu.

Farah dan Mazlina lambat sedikit keluar dari kereta...berdebar-debar dengan suasana yang akan berlaku.

Mereka keluar agak perlahan sambil mengatup kereta perlahan.

Danial dan Anas mula menundukkan muka, tanda malu.

Suasana petang yang redup disusuli desiran angin lembut,menggugurkan daun-daun kering pepohon rimbun dipesisir jalan semacam memberkati pertemuan yang dirancangkan.

Farah dan Mazlina berkaca mata gelap, ala-ala selebriti Hollywood berjalan merapati kedua mereka.


"Farah...Mazlina, ini Danial dan ini Anas...mereka datang nak memohon maaf atas kejadian tempoh hari." Che Read memulakan bicara bagi mengurangkan gugup Danial dan Anas.

Danial dan Anas menunduk seperti hendak menyorok.

Farah dan Mazlina hanya berdiri tegak memandang mereka, sekali sekala kelihatan Farah membetul-betulkan belahan kain yang ditiup angin.

"Danial...Anas, cakaplah.." Che Read menyuruh sambil menggosok-gosok belakang si Danial.

Farah dan Mazlina membisu.

"Kak...pasal tempoh hari tu...kami minta maaf atas perbuatan yang tak senonoh tu...kami dah berjanji, tak akan ulang lagi kat sesiapa pun...maafkan kami ya kak." Danial terketar-ketar mengeluarkan suara dengan ayatnya yang agak skema.

Anas mengangguk tanda bersetuju.

"You all ni dah bekerja ke masih bersekolah." tanya Mazlina agak keras.

"I...eh! kami ni masih sekolah lagi kak." Danial menjawab lembut, masih menunduk malu mengawal kelu.

"Bersekolah?...form berapa...kenapa berani sangat buat benda tak senonoh kat tempat awam." Farah pula menyoal...agak menekan.

Danial membahu Anas, menggesanya untuk menjawab.

Anas kelihatan agak cemas untk menjawab seperti memerlukan talian hayat untuk memberi jawapan.

"Emmm...aaaa...mmmm....ka...kami baru tingkat empat kak...en..en..entahlah kak, abang Read kata kami ada penyakit saka." nada jawab si Anas mengundang tawa.

Che Read menahan gelak, begitu juga Danial...Farah dan Mazlina menutup mulut menyelindung suka.

"Gini..Farah..Mazlina...maksud saya saka tu terikut nafsu...bukan saka hantu, jin semua tu.." jelas Che Read mengelak salah faham.

Farah dan Mazlina mengangguk faham.

Anas pula menggaru-garu kepala kesipuan.

" Kami betul-betul minta maaf kak, atas keterlanjuran kami...abang Read banyak dah tolong nasihat kami sejak hari tu...kami insaf kak...kami takut mati dengan dosa kak...kami terlalu mengikut nafsu kak...jiwa kami sebenarnya kosong kak...terpengaruh dengan budaya yang tak sihat sebab itu kami jadi macam ni...minggu depan kami masuk sekolah balik selepas digantung dua minggu...kami berjanji akan ubah tingkah laku kami demi masa depan kami kak...maafkan kami ya kak." hurai maaf Danial menitip kagum Che Read.

Tidak sangka Danial agak petah berkata-kata, tidak seperti pada awal perkenalan mereka.

"Kamu digantung sebab apa?" Farah agak mengendur.

"Banyak kes kak...saja kami nak enjoy...tahun honeymoon kak." pantas Danial.

"Maafkan kami ya kak...bahasa dan tingkah kami hari tu memang kurang ajar...ntah apa ntah..." tambah Danial.

Anas sekadar mendengar...insaf.

" Baiklah...kakak maafkan kamu berdua..." sambut Farah.

" Akak nak suruh kami buat apa...sebagai tanda maaf kami...basuh kereta...belanja akak..." Anas seakan berjenaka.

"Eh..takpe, takpe...cukup dengan minta maaf ni...kami pun nak dapat pahala pada bulan Ramadan ni...jangan buat lagi okay.." sambil tersenyum Farah membalas.

"Oh! ya ke...syukur alhamdulillah." gembira si Anas.

"Eh! teror pula lu beryukur alhamdulillah...first time gua dengar.." Danial seakan kagum bercampur kaget.

"Abang Read la yang ajar gua..." kata Anas sambil tergelak.

Suasana damai mewarnai pertemuan mereka setelah masing-masing saling mengakui kekhilafan.

Mangsa di saka memberi maaf, si beregu saka pula telah insaf.

SMS

salam..
trima kasih kerana awak dapat memberi kemaafan kepada mereka..

mereka dah berubah, awak bila lagi ;)

che read


terima kasih juga kepada awak krn menjadi perantara kepada kes ni.
awak jgn lah perli2 pulak...saya perlu masa untuk berubah, terima kasih sekali lagi.
mcmana awak boleh ubah diorang?

farah


sya jadikan mrk adik angkat saya, alhamdulillah diorg ikut ckp...sy skdr jlnkan tugas, Allah bagi hidayah...diorg xde mentor,sbb tu tersasar ckit...moga Allah memberkati atas usaha yang sedikit ni...
allahummaghfirli...

slmt bertemu  mlm al qadar

che read


oic
apa ayat akhir tu...xphm

farah


Ya Allah...ampuni dosaku

che read


oops..sori ya, jahilnya saya..

farah


xpe..Allah pnya kuasa ubah yang jahat jadi baik...yg jahil jadi pandai...
insyaAllah niat utk berubah kpd yang baik...Allah lapangkan jalanNya

che read


tq
:(

farah



Azhan Rashid
Amman, Jordan
























No comments:

Post a Comment