Monday, December 17, 2012

Tragedi S.H.E.S (Sandy Hook Elemantary School)

Di pagi yang tenang, kawasan sekitar Sandy Hook, Newtown menerima cuaca musim dingin penuh ceria. Persekitarannya yang jauh dari hiruk-pikuk kebisingan bandar membuatkan hari-hari bekerja selesa dan aman. Tiada traffic jam, tiada asap-asap yang mencemarkan.

Hari Jumaat, 14 haribulan Disember, seperti biasa Andy dihantar ibunya ke Sekolah Rendah Sandy Hook seawal pagi. Andy berada di gred satu bersama dengan rakan-rakannya Jack Pinto dan Noah Pozner gembira bermain dan bergurau sebelum kelas bermula. Miss Victoria Soto adalah guru kelas mereka.

"Jom kita main wrestling tangan?" Ajak Jack, yang juga serang ahli kelab gusti di Newtown yang paling muda.


"Tak nak-lah, mesti kau menang punya." Jawab Andy.

"Tak apa, biar aku yang lawan." Celah Noah sambil mengaksikan gaya seorang ahli gusti untuk duduk di meja berlawan tangan.


Lagak Noah mengundang ketawa kepada mereka berdua, Jack dan Andy.

"Ayuh! Satu, dua...tiga." Andy menjadi refferee.

Mereka menjadi tumpuan kawan-kawan kelas yang lain.

Sedang mereka asyik menguji kekuatan yang belum berkesudahan, kedengaran Miss Victoria  mengetuk pintu kelas mengalihkan perhatian.

"Miss,miss dah datang."

Senyum Miss Victoria dilontarkan kepada anak-anak muridnya. Jack dan Noah yang tadi sedang bergelut dengan gusti tangan, berdiri memberikan tanda hormat kepada guru kelasnya itu.

"Selamat pagi kelas."

"Selamt pagi cikgu." Ucapan Miss Victoria disambut dengan kuat dan lantang.

Miss Victoria meletakkan buku teksnya di meja kelas dengan cermat. Tiba-tiba...

Kedenganran bunyi dentuman yang kuat seakan bunyi tembakan di kawasan berhampiran kelas mereka. Masing-masing kaget. Miss Victoria masih tenang dan melihat di luar pintu kelasnya. Mukanya berkerut penuh curiga, serentak dengan itu juga kedangaran lagi bunyi das-das tembakan yang semakin menghampir.

Jeritan suara kanak-kanak di luar kelas sangat merunsingkan hati Miss Victoria dan kelasnya semakin panik. Dia mengintai lagi keluar pintu kelas. Kali ini dia nekad menyuruh semua murid-murid kelasnya keluar dari kelas menuju ke kawasan lapang di luar sekolah.

"Cepat-cepat keluar, selamatkan diri kamu...pergi ke luar bangunan sekolah...cepat." Tegas Miss Victoria.

Andy, Jack dan Noah saling berpandangan. Mereka curiga, tetapi mereka tetap mengikut arahan.

Sedang mereka berlari menuju ke pintu kelas, bunyi das tembakan semakin dekat menghampir. Andy berlari  dahulu dan kemudian disertai Jack dan Noah.

"Cepat-cepat...laju." Jeritan Miss Victoria semakin mendesak.

Kedengaran suara amaran dari penembak. "Woi, Engkau nak pergi mana hah!" Muncung senapang dituju ke arah kawan-kawan kelas Andy.

"Aaa."...Andy yang berlari di hadapan mendengar jeritan itu. Dia pasti dengan suara yang didengarinya. "Itu suara Jack." Dadanya bergelombang deras, cuak dengan keadaan yang dihadapinya.

"Andy..." Kedengaran suara lagi. Kali ini namanya dipanggil. Andy terlepas keluar bangunan. Diintainya ke dalam dan dia pasti tubuh yang rebah ke lantai luar kelasnya adalah Noah. Air matanya bercucuran keluar. Dia seimbas lalu ternampak wajah si penembak. Berdas-das bunyi tembakan kedengaran, sekolahnya menjadi bingit dan tidak menentu.

"Jack....Noah..." Andy yang berjejehan air mata cuba memanggil kawan-kawannya. Dia menangis dan berteriak, tidak pasti dengan keadaan kawan-kawannya. mereka rebah tidak bergerak.

"Andy! Lari keluar sana jauh-jauh..." Suara Miss Victoria mengarahkannya menyelamatkan diri. Andy menangis tersedu-sedan.

Das-das tembakan kedengaran tidak menentu, seiring dengan jeritan-jeritan yang kuat di dalam bangunan sekolah.

Andy mengintai lagi ke belakang. Kali ini dengan mata kepalanya sendiri, dia melihat si penembak itu melepaskan tembakannya ke arah Miss Victoria, tembakan yang bertubi-tubi. Miss Victoria rebah tidak bermaya.

Andy semakin menggila nangisnya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Miss Victoria..." Teresak-esak Andy menjerit.

Dia lantas duduk menunduk bersandar ke dinding bangunan sambil memeluk rapat dua kakinya . Masih menangis tidak keruan. Perasaan sedih, hiba dan pilu bercampur. Dia berasa kehilangan yang amat. Dia pasrah menanti gilirannya untuk ditembak.

Selang beberapa minit kemudian, dalam pada dia masih teresak-esak menahan sedu tangisan. Badannya digoyangkan. Dia seakan trauma. Takut tidak keruan dengan sentuhan tangan itu.

"Andy, Andy...bertenang sayang, ini saya Madam Hammond." Timbalan guru besar sekolah cuba menenagkan Andy. Dia memeluk badan Andy agar dapat bertenang. Tetapi Andy masih ketakutan. Badannya menggigil. Madam Hammond pasti yang Andy masih trauma.

"Sabar sayang, sabar...penembak itu sudah tiada." Ujar Madam Hammond menenangkan. Gigil Andy masih belum berhenti. Madam Hammond memeluknya erat.

"Kawan saya...kawan saya...dah tiada." Bergetar kata-kata Andy.

Madam Hammond memeluk erat sambil mengusap-usap kepala Andy yang kegigilan,berasa kehilangan. Terasa airmatanya membasahi pipi.

Setengah jam kemudian polis memberi laporan kepada media bahawa si penembak yang bernama Adam Lanza telah mati membunuh diri dan telah menembak mati seramai dua puluh enam orang, yang terdiri dua puluh daripadanya murid-murid sekolah dan bakinya adalah guru-guru dan kakitangan sekolah.

Mata Andy bengkak dek menangis terlalu lama dan tersangat hiba dengan peristiwa yang melibatkan nyawa kawan-kawan dan guru kelasnya.

Dia trauma. "Mama...mama..." Dia merintih seakan memohon ditenangkan.

Dia adalah kalangan yang bernasib baik terselamat.



Azhan Rashid
Amman, Jordan


*Kisah ini diinspirasi dari kejadian penembakan yang berlaku di Sandy Hook Elemantary School, Newtown di Connecticut, USA. Ini hanyalah gambaran penulis sahaja, dan ia terdedah kepada ketidaktepatan dalam menrungkai situasi. Sumber-sumber dikutip daripada laman sesawang yang pelbagai. Namun, apa yang hendak dititipkan di sini ialah mereka berasa sangat gundah dengan kejadian ini dan penulis turut berasa sedih dan simpati tetapi peristiwa yang sama malah lebih buruk telah berlaku berabad lamanya di merata dunia. Berjuta jiwa kanak-kanak yang tidak berdosa diragut, dunia sangat maklum bahkan mengetahuinya namun tangisan dan kesedihannya tidak seperti tangisan di S.H.E.S (Sandy Hook Elemantary School). Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment