Iseng-iseng menekan papan kekunci komputer riba, pesanan dari buku bertajuk 'Teknik Surah Yusof'' / TSY , nukilan Puan Ainon Mohd. berlegar di kepala. Setiap bait perkataan yang ditulis, dinilai kembali agar dapat memberikan impak yang positif kepada yang sudi membaca.
Walau ia berfokus kepada penulis yang bercita-cita menghasilkan buku berlatar novel, ia menarik untuk ditatap sebagai penduan.
Saya amat berterima kasih di atas saranan saudara Zahiruddin Zabidi. Penulis yang prolifik. Atas jasabaik informasi beliau, walau tidak berbengkel, pembacaan ini cukup berisi.
Buku ini secara amnya memberi panduan dan cara bagaimana penulisan yang baik berdasarkan nukilan indah dari surah Yusof.
Disiplin-disiplin Menulis
Buku ini pada dasarnya mengajak pembaca dan penulis bertanggungjawab akan karya yang bakal dihasilkan.
1. Bertanggungjawab kepada bahasa yang hendak digunakan. Bahasa yang hendak digunakan mestilah Bahasa Melayu Tinggi. Maksudnya, jika penulis benar-benar hendak menjaga kedaulatan dan maruah bahasa, bahasa-bahasa pasar perlu dielakan. Contohnya: pada dialog "Ko nak gi mane/ maner". Bahasa Melayu Tinggi, "Engkau hendak pergi mana?", atau "Kau hendak ke mana?".
Bahasa-bahasa pasar dianggap tiada nilai dalam dunia penulisan. Ya, benar, bahasa seperti ini lebih rapat dengan pembaca. Tetapi, ia boleh merosakkan sektor pendidikan terutama untuk meguasai Bahasa Melayu dengan baik.
Contohnya amat banyak. Penilaian bahasa-bahasa pasar ini boleh diuji ke atas kanak-kanak peringkat sekolah rendah. Jika diberi tugasan untuk membuat karangan, pastinya bahasa yang digunakan tidak mengikut kehendak bahasa formal. Ia bakal meruncing jika tidak dibasmi sedari awal. Tanyakanlah bacaannya apa. Jika ia membaca komik-komik picisan (saya tidak bermaksud picisan tidak mempunyai nilai-nilai murni, cuma ditudingkan kepada penggunaan bahasa pasar yang keterlaluan), maka ia tidak mungkin dapat menguasai bahasa yang 'standard'. Tidak melepasi piawaian ISO.
Jadikan frasa dialog ini, "Giler sedap lauk nih, tak rugi oo kalu jadi calon menantu nih." kepada "Wah! Sedapnya lauk ini, tidak rugi kalau dijadikan calon menantu."
Boleh sahaja membacanya dengan gaya bahasa biasa atau pasar. Tetapi tidak pada penulisannya.
Justeru, penulis perlu bertanggungjawab untuk membenteras. Gunakan bahasa formal. Penulis pemangkin perubahan.
2. Jauhkan kisah atau adegan-adegan yang sensitif seperti pergaduhan, pembunuhan, pertengkaran ataupun percandaan dicerita dengan detil atau terperinci. Walau bahasa yang digunakan adalah formal tetapi harus dielakkan.
"Di depan aku, engkau berlagak taat tetapi di belakang aku, engkau bersama dengan orang lain. Ambil ini." Rais menampar muka isterinya, Batrisya. Darah mula mengalir dari hidungnya. Rais mencekak leher isterinya lalu dihumbankan ke lantai. Batrisya merangkak ke katil berhampiran. "Abang..." Batrisya merintih, meminta belas. Rais tidak tertanggung menahan amarah. Dalam keadaan terlentang, Rais duduk di atas perut isterinya lalu tanpa belas kasihan dia bertalu-talu menampar dan menumbuk isterinya sehingga pengsan.
Mungkin ini satu realiti. Namun, sebagai penulis yang bertanggungjawab, ketepikan. Berikan gambaran yang benar tanpa pendetilan.
Realistik tidak semestinya memberi faedah yang positif kepada pembaca. Isu moral ini tidak perlu didetilkan kerana diragui mempengaruhi masyarakat. Lihat sahaja di Amerika, dek bertimbun-timbun gambaran realiti pembunuhan di filem-filem, menjerumus sifat kemanusiaan yang murni, malapetaka kepada sosiologi.
3. Promosikan watak-watak yang baik, bercirikan sastera hasanah sepertimana Allah SWT titipkan kisah Nabi Yusof di dalam surah Yusof.
Atas nama realisme, ada kalangan penulis menggunakan watak jahat sebagai watak utamanya. Bermaksud heronya ialah seorang jahat atau mengisahkan kejayaan seorang usahawan dengan aktiviti rasuahnya.
Karya-karya ini perlu dikuburkan kerana ia secara tidak langsung bakal memberikan impak yang negatif pada masa akan datang. Jernihkan isu masyarakat sekitar dengan isu-isu dan watak-watak dalam masyarakat yang positif.
Teknik Surah Yusof
"Kami sampaikan kepadamu, wahai Muhammad, sebaik-baik kisah..."
Surah ini dianalisis kerana ia adalah satu-satunya surah yang lengkap mengisahkan latar cerita dari kecilnya Nabi Yusof sehingga usia dewasanya.
Pengarang buku menobatkan kisah Yusof ini adalah sastera hasanah kerana penceritaannya tidak mengandungi perkara-perkara yang dilarang seperti di atas dan penggunaan bahasanya yang tinggi sehingga tidak jemu-jemu untuk mengulangbacanya.
Teori surah Yusof adalah satu usaha bagi mengemukakan model ideal karya sastera hasanah yang indah berdasarkan nas-nas yang terdapat dalam surah Yusof. - Puan Ainon Mohd.
Nah! Di dalam surah Yusof ini sebenarnya Allah SWT telah memberikan garis pandu dan tatacara bagaimana sosok terbaik penulis untuk menulis dan mengarang. Tipsnya sudah terpampang. Menarik. Bacalah.
Indahnya Allah memberi pandu.
Azhan Rashid
Amman, Jordan
*Untuk langganan e-buku ini boleh layari http://pts.com.my/ebook/

No comments:
Post a Comment