Latar Diri

Secebis Latar Belakang

Memulakan perdidikan di Sekolah Rendah Temenggong Ibrahim dan disusuli Sekolah Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor.

Memiliki Diploma Perbankan dari ITM, Segamat Johor, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Hons), Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Malaya.

 Antara buku-buku yang menjadi sumber inspirasi penulis ialah:

1. Guruku Ibuku Jua - Khairuddin Ayip
2. Advencer Si Peniup Ney.- Faisal Tehrani
3. Ayat-ayat Cinta - Habiburrahman El Syirazi
4. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 - Habiburrahman El Syirazi
5. Tentang Cinta - Pahrol Mohd Juoi


Meminati penulisan Islami dan segala cabang-cabangnya serta berusaha memudahkan pembacaan berat ke dalam bentuk penceritaan.

Menyedari masih banyak ruang pengalaman yang perlu diisi, justeru penulis berdoa agar Allah memberikan istiqamah dan kemudahan dalam setiap cabaran yang ditempuhi.


Prinsip Hidup

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "Tidak boleh iri hati selain dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (Al Quran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( Al Bukhari dan Muslim)