Buya HAMKA
Keinginan menjadi seorang penulis membuak-membuak dalam
diri tanpa saya sedar bilakah ia bermula. Saya mula cenderung meminati novel
kerana satu peristiwa yang terjadi secara tidak sengaja.
Jujurnya saya amat skeptik dan jelek kepada novel dan
pembaca novel pada awalnya. Saya pernah
menulis sebuah artikel
di blog mengenai
perkara tersebut. Saya menganggap membaca novel adalah ibarat menghisap
candu kerana mereka yang membaca novel seakan mengizin dan menginginkan suatu
harapan palsu dan harapan tersebut tiada dalam alam nyata.
Namun segalanya berubah apabila saya balik bercuti ke
kampung pada suatu hari, saya terjumpa sebuah buku di dalam bilik saya yang
kini diguna oleh adik-adik saya. Kaver buku
tersebut begitu klasik
dan unik memagnetkan
diri saya bagi mengambil dan membeleknya.
Persepsi
pertama saya adalah
ia sebuah buku
sejarah. Ini kerana
gambar pada kulit buku
tersebut adalah sebuah
kapal yang separuh
tenggelam seperti Titanic.
Pengarang buku tersebut sebagaimana yang
tertera pada kulitnya
adalah Hamka. Tajuk novel tersebut pula Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck.
Siapa yang tidak kenal Hamka, saya sebagai salah seorang
pengkagum baru Hamka amat teruja
dengan buku itu. Namun
rupanya saya tidak tahu satu hakikat mengenai Buya Hamka
iaitu beliau juga
adalah seorang sasterawan
yang mempunyai jujutan karya berbentuk novel!
Di bawah saya sertakan senarai panjang karya-karya beliau
berbentuk novel:
1. Si Sabariah
(1928)
2. Laila Majnun
(1932) Balai Pustaka.
3. Mati mengandung
malu (Salinan Al-Manfaluthi), 1934.
4. Di Bawah Lindungan
Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
5.
Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck (1937),
Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
6. Di Dalam Lembah
Kehidupan, 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
7. Merantau ke
Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
8. Margaretta
Gauthier (terjemahan), 1940.
9. Tuan Direktur,
1939.
10. Dijemput mamaknya, 1939.
11. Di dalam Lembah cita-cita, 1946.
12. Sesudah naskah Renville, 1947.
13. Menunggu Beduk berbunyi,
1949 di Bukit
Tinggi, Sedang Konperansi
Meja Bundar.
14. Ayahku, 1950 di Jakarta.
15. Mandi Cahaya di Tanah Suci, 1950.
16. Mengembara Di Lembah Nil, 1950.
17. Di tepi Sungai Dajlah, 1950.
Sangka saya, “Ah,
Buya Hamka menulis
mengenai sejarah penentangan
rakyat Indonesia
terhadap penjajah mereka
yakni Belanda, pasti
menarik!” Kebetulan bacaan yang menjadi kesukaan saya
saat itu adalah bacaan
yang bersifat sejarah dan peristiwa serta riwayat tokoh-tokoh.
Buku tersebut saya ambil dan baca, sekalipun rasa pelik
dengan susunan dan laras bahasa yang
digunakan saya teruskan
jua membacanya sehinggalah
pada suatu masa di tengah pembacaan barulah saya sedar bahawa
buku tersebut adalah sebuah novel.
Barulah saya sedar bahawa novel dan sastera juga adalah
salah satu wasilah dan wadah kepada
para ulama dalam
menyampaikan dakwah dan
mesej-mesej Islam selain daripada berceramah dan menulis bahan-bahan
ilmiah.
Saya semakin
teruja selepas mengetahui hakikat itu dan mula mengkaji
dan membaca mengenai para ulama yang juga dalam masa yang
sama adalah seorang sasterawan. Satu demi satu saya jumpa selepas mencari
dalam internet dan buku-buku. Saya kemudian
jatuh cinta yang
teramat sangat kepada
sastera, dakwah, novel sekaligus dunia penulisan umumnya.
*Ini adalah perkongsian ilmu daripada isi e-buku yang dikarang oleh saudara ZAHIRUDDIN ZABIDI yang telah banyak menulis buku dan tulisannya juga banyak disiarkan di dada-dada akhbar utama dan majalah-majalah semasa. Semoga sedikit cetusan tinta pengalaman ini memberikan impak optimum kepada pembaca dan juga diri penulis. Terima kasih kepada beliau atas perkongsian ini.
Nukilan saudara Zahiruddin Zabidi boleh diikuti di alamat sesawang www.kalamkhalifah.com dan di www.bicaracintarindu.blogspot.com.
Selamat membaca.
Azhan Rashid
Amman, Jordan
La..ingatkan kenapa 'Azhan Rashid' menulis..Boleh buat satu post lain tuh..saya tunggu..
ReplyDelete