Friday, September 28, 2012

'Aku Cinta Kamu'


" Saya cinta kamu ...ramai yang agak meremang bulu roma bila dengar ayat ni... ada yang mungkin kata jiwang sangat lah, romantik gila lah, karat lah dan sebagainya...namun itulah hakikat pertuturan manusia bila dilamun rindu dendam pada si dia...kan?"


Nu'man bertanya kepada kalangan ahli usrah di depannya.

Dengan senyuman, dia tenang merenung.

Usrah kali ini di rumah Mbah sendiri.

Kalangan remaja lepasan sekolah dan pemuda Kampung Tengah tekun mendengar ungkapan yang berbutir daripada Nu'man.

Sekitar tujuh orang yang hadir.

Kesemua ahli hadir.

Seminggu sekali Nu'man akan meluangkan waktu senggangnya dengan kerja-kerja pentarbiyyahan untuk ahli kariah kampungnya.

Mbah yang suruh.




Monday, September 17, 2012

Catatan Bawah Sedar

Sedang Che Read membelek-belek buku yang hendak dibaca sebagai kudapan lena tidur malam, dia terselak halaman buku yang ditandai dengan sehelai kertas.

Novel yang menjadi pencetus rasa suka untuk membaca.

Novel pencetus minat untuk merekacipta.

Novel yang mencetus gerak rasa menilai hati budi manusia.

Novel yang digenggaman tangannya bertajuk "Guruku, Ibuku Jua", hasil karya Khairuddin Ayip.

Dek kerana hasil tulisan buku itu, Che Read berusaha mengarang sesuatu yang menyentuh emosinya.


Sunday, September 9, 2012

Risk Averse Or Risk Taker

After dismissing the class, Nu'man walking to the foyer upstairs.


He has to climb the Batu Caves Stairs before reaching to the foyer.

Known as the Batu Caves Stairs because of its steep and its height similar to the stairs at Batu Caves Hindus Temple.

Adam, his classmate following him from behind.

While stepping the steps to the foyer, Adam asking him a favor to have some titbit after Maghrib prayer.

The evening at Faculty of Economics and Administration is quite dark, it's cloudy.


Friday, August 31, 2012

Cakna PRUXIII

"Fi!...aku tahu engkau pendokong kuat Parti Islam...tapi Fi takkan engkau sanggup menggadaikan agama dek kerana hanya kuasa?"

Pak Rajab yang bertandang ke Warong Leman menunjukkan risau akan perkembangan yang berlaku lewat penantian PRUXII.

Nu'man dan Mbah sengaja menghabiskan masa di Warong Leman pagi ini, selepas solat subuh. Biarkan Lubna menarik nafas sebentar setelah bertungkus lumus menyediakan jamuan hari raya semalam untuk sehari suntuk.

Ramai tetamu, sahabat handai dan saudara mara baik di sebelah Mbah mahupun Mbah Wedhok, berkunjung ke rumah Mbah menyambung silaturrahim yang lama pudar.


Wednesday, August 22, 2012

The Collapse Of The Surau


If you had come to my birthplace by bus a few years ago, you would have gotten near the market and proceeded westward along the main road for about a kilometer and then you would have come to the road to my village.

At a small intersection, the fifth from the market, you would have turned right. At the end of the road you would have seen an old surau  with a fish pond in front of it, the water flowing from four bathing fountains. On the left of the surau you would have seen an old man sitting there,behaving like old men do and showing his devotion to Allah.

He had been the custodian of the surau for years. People referred to him as Grandpa.

As custodian, he received no salary.

He lived on the alms that he got every Friday.

Every six months he got fourth of the profits from the sale of the goldfish in the pond and once a year people came to give him fitrah.

It was not so much as a custodian that he was known, however, but as a knife sharpener, as he was really good at that. People brought their knives to him and yet he never asked anything in return.

The women who came to him with their knives or scissors to be sharpened would give some spicy food.

The men would give him cigaraettes and sometimes money.

What he received most, however, were thanks and smiles.


Saturday, August 18, 2012

Lebaran Bermakna

Malam ini adalah malam lebaran untuk kesekian kalinya buat Mbah.

Tiada lagi terawih lapan atau dua puluh, yang sering ditelingkahkan setiap kali Ramadan menjelang.

Tiada lagi jemaah yang melimpah memenuhi masjid yang sanggup menanti sehingga habis witir baru melangkah pulang.

Tiada lagi kumpulan tadarus yang membentuk bulatan menghabiskan 30 juzuk al Quran sepanjang Ramadan.

Tiada lagi selingan tazkirah saban malam.

Puas sudah diingatkan agar istiqamah dalam ibadah yang dikerjakan kerana itu hikmah Ramadan.


Wednesday, August 15, 2012

Bersabarlah...

Danial dan Anas kembali ke sekolah setelah digantung dua minggu.




Ramai mata yang memerhatikan gelagat mereka berdua. Dari rakan ke guru tingkatan, kelibat mereka sedikit sebanyak merimaskan.

Kononnya mereka bakal mengulang kembali tabiat lalu, ramai yang akan dipengaruhi dan macam-macam lagi...satu labeling yang tidak dapat dielakkan.

Cuma...

"Assalamualaikum, cikgu." serentak mereka memberi salam kepada Cikgu Rahim, Guru Disiplin merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

"Wa'alaikummussalam wbt." balas Cikgu Rahim.

Cikgu Rahim yang sedang mengemas-ngemas meja di pejabatnya tidak menduga suara yang memberi salam itu adalah mereka, Danial dan Anas.