![]() |
| Foyer Fakulti Ekonomi UM di bawah bangunan bulat |
Nu'man berpaling ke arah datangnya suara.
Suara yang lazim didengari.
Faisal, rakan sekuliah menyapanya di sore Jumaat yang redup bagai menanti tiba hujan.
Kawasan foyer Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya sudah lengang. Tiada lagi kelibat manusia yang berpusu-pusu ke dewan kuliah mahupun ke pejabat pentadbiran fakulti.
Kalau ada pun, hanya pelajar sarjana yang waktu kelasnya bermula jam lima petang hingga ke sembilan malam.
Hari ini, Nu'man tiada kelas.
"Pai! Aku ingat siapa tadi...eh! lepak dulu kat sini." Nu'man suka menghabiskan masa petangnya di meja foyer fakulti menghadap ke bangunan kuliah baru, bangunan pelajar pasca-siswazah.
Pemandangan redup dari arah foyer fakulti yang berada di atas bukit sungguh menenangkan sambil disisipi udara lembut angin petang yang mendung.
"Kau sorang je ke." tanya Faisal, memegang bahu Nu'man dari belakang sambil mengintai buku yang dibaca Nu'man di meja foyer.
"Study tu, gila maut kau." gurau Faisal.
"Minggu depankan exam...Advanced Macro, lagipun sambil aku tunggu Adam ni, baca-bacalah sikit" jawab Nu'man tersenyum.
"Oo...aku malam ni baru nak tengok-tengok." selamba si Faisal.
"Eh! amacam bajet tadi...kau dengar tak?" soal Faisal seakan menerima berita gembira.






