Ini adalah catatan isu dunia yang diwatakkan.*
Wak Sir amat mengasihani Pal yang hidup sebatang kara walau punya ramai adik-beradik yang kaya raya namun dek banyaknya komitmen kepentingan duniawi maka keadaan hidup Pal seakan terbiar buat sekian lama.
Hidup Pal sentiasa dianiaya oleh si Is yang tidak habis-habis menggunakan segenap kudrat dan tipu dayanya menghalau Pal dari tanah yang telah didudukinya hampir berabad lamanya.
Is berani kerana ayahnya Pak Amer adalah orang yang berpengaruh dan mempunyai kuasa yang sangat besar.
Wak Sir ingin bertanya kepada Pak Amer tentang tindak tanduk Is yang sangat menjengkelkan. Kebetulan pada hari itu Pak Amer dan beberapa kawannya bertandang ke restorannya untuk makan tengahari. Seakan mereka baru selesai mengadakan pertemuan.
Wak Sir dengan selamba menyoal.
"Amer! Cuba engkau beri nasihat sedikit kepada si Is itu, aku lihat dia semakin melampau perangainya, bukankah engkau ayahnya?"